Bukit Tabur
Bukit Tabur

Bukit Tabur

Bukit Tabur adalah bukit yang terletak di Taman Melawati, Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Bukit Hangus. Bukit ini amat menonjol dan boleh dilihat dari Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2).Bukit ini yang setinggi 396 meter (1,300 kaki), merupakan genting quartz. Bukit Tabur mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora di bukit ini yang mempunyai nilai perubatan.Pendaki masuk melalui denai Kampung Klang Gates, 50 meter dari pintu Empangan Klang Gates, di belakang Taman Melawati bagi pendakian cepat 3-4 jam. Hutan Simpanan Gombak dan Empangan Klang Gates terletak di sisi bukit. Puncaknya memberikan pemandangan empangan yang mengagumkan. Bukit ini mempunyai beberapa puncak yang boleh disusuri. Namun begitu apabila sudah melalui beberapa puncak, pendaki akan menuju ke satu jalan mati. Disitulah puncak terakhir dimana pendaki dapat melihat keseluruhan pemandangan disekelilingnya.Biasanya bukit tabur didaki untuk tujuan latihan bagi pendaki-pendaki yang akan mendaki gunung yang lebih tinggi. Namun begitu, ketika tahun baru, ramai pendaki akan berada di bukit ini pada pukul 12.00 malam untuk menyambut tahun baru. Dari puncak ini akan kelihatan keseluruhan bandaraya Kuala Lumpur dan sekelilingya. Mereka melihat pertunjukan bunga api dengan menikmati angin puncak bukit yang nyaman sekali. Kepada pendaki yang ingin melihat panorama matahari terbit disarankan memulakan pendakian seawal 6.30 am.Bagi pendaki yang masih baru, bukit tabur ini mempunyai jalan "trek" yang agak merbahaya. Dengan batuan-batuan granit yang keras serta dakian dan penurunan sehingga 90 darjah pasti membuat pendaki merasa gayat. Adalah dinasihatkan kepada sesiapa yang ingin mendaki bukit ini supaya memastikan tahap kecergasan dalam keadaan baik disamping peralatan yang lengkap. Menggunakan peralatan terutama pakaian dan kasut yang sesuai. "Trek" perjalanan di Bukit Tabur amat berbeza sekali dengan laluan gunung-gunung di malaysia kerana walaupun laluan ia agak pendek sekitar 1.30 Jam. Namun oleh kerana laluan yang mencabar dan tebing-tebing yang merbahaya membuatkan perjalanan ke puncak terasa amat perit sekali.Ada dua laluan dimana pendaki perlu menuruni curam menggunkan tali dimana dibawah adalah jurang setinggi 100 kaki. Dikawasan tebing inilah sering berlaku kemalangan kepada pendaki terutama pada pendaki yang tidak berpengalaman. Namun keperitan pendakian terasa hilang sedikit demi sedikit apabila tiba di puncak gunung di mana disitu pendaki dapat merehatkan badan di atas "grass carpet" yang lembut dan sejuk.Dinasihatkan kepada pendaki yang ingin cuba menawan bukit ini agar membuat persiapan rapi. Dikatakan, walaupun pendaki adalah seorang profesional, jika tidak mementingkan aspek keselamatan, maka pendakian boleh menjadi malapetaka buat mereka.Denai ke Bukit Tabur boleh didapati di 3°14′1″N 101°44′55″E / 3.23361°N 101.74861°E / 3.23361; 101.74861 (trailhead).